Jangan Ada Dusta...

"Kasih.. apapun adanya dirimu.. aku akan selalu tetap sayang padamu....."
aku akan jadi manusia yang paling bahagia andainya kata-kata ini di ucapkan padaku... tapi.. khayalan tetap khayalan.. adakah cinta.. aku ingin rasa cinta yang sebenar... sebenarnya cinta.. tanpa rasa curiga dan syak wasangka...
cinta yang tiada airmata.. di mana..???

Cerita Tentang Aku

Aku mulakan dengan kehidupan
tiada warna hanya malap sahaja
cuba aku melakar warna riang yang bercahaya
tapi tak juga ada terpancar cerah yang terasa
aku rasa itu takdir-Nya
dan semestinya juga itu yang aku akurkan
pastinyaketentuan Ilahi
ada rahmat yang tersembunyi
Insya-Allah.
Aku pernah sangkutkan cinta
hanya di ranting sahaja
yang bisa patah
semestinya
menyembah bumi dan rebah tidak berdiri lagi
cuba di alihkan kepada dahan yang teguh
sayangnya
tiada langsung pohon mengizinkan teduh
kerana mungkin aku akan hanya
membuat daun kering gugur
dan syahdu terasa meninggalkan dahan tidak berkata.
Aku cuba pula bertaut di ranting muda
namun belum sempat ku gapai lembutnya
juga roboh mencium tanah dan hilang
mungkin juga aku terlupa
untuk mengingati takdir itu tercatat
tiada tempat selamat untuk aku tumpangi
perlukah aku angguk dan bersetuju
sedang hati masih berkira-kira
perlukah aku patuhi segala ketentuan-Nya.
Bila aku rasa hati makin rapuh
ingin aku cuba merenung diri sendiri
dan jambatan untuk di lintasi
seakan terasa sempit untuk di titi
terasa aku ingin lebarkan sampai ke muara
tapi sayangnya
banjir pula yang hampir tiba
dan pasti sekali lagi
hanya mata mampu menatap
dan tak mampu membaiki.
Ingin aku mulakan sekali lagi tentang kehidupan
berkira-kira untuk berbicara selanjutnya
apa lagi yang pena ada untuk menari
atau dakwatnya sudah kehabisan warna sebagai penyeri
menterjemahkan maksud indah yang tak mampu
aku lakari atas kanvas putih suci
atau perlu aku cemari
dengan kata-kata penuh noda
yang pastinya bersisip dosa dan nista
malu aku untuk berkata membiar pena berbicara
sedang wajah suci hanya topeng
menutup hina diri
bila aku cuba menepis takdir sendiri
dan berpura seolah yang suci
hanya hak milikku hakiki.
Aku tafsirkan makna kehidupan
perjalanan nafas terhela menanti untuk berhenti
aku fikirkan
hanya yang indah-indah bersemi dan bakal di lalui
hanya yang manis hidangan santapan rohani
hanya yang cantik sebagai penyeri hati.
Dan aku pasti terlupa
sedari azali
Ilahi mentakdirkan sesuatu bukan dari jangkaan hati
bukan juga hanya mengikut naluri tanpa akal mengiringi
yang pastinya
Dia Maha Mengehtahui
berkuasa menidakkan kehidupan ini
mungkin setakat hari ini
atau beberapa saat lagi
walau waktu itu
aku sedang mengamin doa
atau sedang leka mengira
hari-hari gembira.
Untuk matahari esok
yang belum pasti bersinar lagi
belum pasti juga menyengat memanaskan bumi
aku tak ingin menjanjikan apa-apa
harapan kosong pada hati dan naluri sendiri
sedang mungkin esok
tiada lagi timur akan bertugas menerbit cahayanya
mungkin barat yang tiba sedang aku
tiada punya apa-apa untuk mengiringi
langkah ke alam kekal abadi
tidak punya apa-apa sebagai pelindung
saat yang lain-lain
tersenyum bertemu Pencipta Yang Esa
sedang aku
meratap hiba menangis hingga tiada airmata
walau aku sedari saat itu
tiada lagi simpati atau peluang menghela nafas lagi.
Cinta tidak membawa aku ke syurga
cinta tidak mampu menarik aku
keluar dari bahang neraka
cinta tidak berupaya menyelamatkan aku
saat aku berteriak meminta nyawa
cinta tidak memberi apa-apa
kerana
puput angin sepoi dingin
bumi dan tanah merekah
awan berarak putih sekata
hanya kerana Cinta-Nya kepada kita
bukan cinta sesama aku dan sesiapa.
Rasanya tidak perlu lagi aku menulis kata
sedangkan hati masih tidak mengakui
kesilapan yang menjadi umpama air yang tak mengalir
mengulangi tak mampu mematuhi telunjuk kebenaran hati.
Aku seharusnya membuktikan
bukan tinta yang tidak tahu makna bicara
di biar melakar kata
dan bila tinggal tergantung
pena buntu dan terpana seketika.
Hari ini di izinkan Maha Pencipta
dan nafas ini masih teratur terhela
perlu ku sujud syukur pada kebenaran
meminjamkan lagi sesaat dua degupan jantung
agar aku dapat insafi
kewujudan ini perlu di halusi dan di teliti
perlukah aku membayar Kepada-Nya noda dan dosa
atau aku perlu mengumpul pahala tanpa berpura
atau hanya menambah nista yang sedia ada
Ilahi maha mengehtahui
Ilahi maha memahami
aku hanya bercerita menyambung kata-kata
kerana untuk kesekian kalinya
aku di beri nafas kesempatan
menebus segala khilaf yang menjadi mainan saat leka
dan langsung tidak Mengingati-Nya
sujud syukur mengingati diri
masih menjadi pilihan di beri kesempatan
mengenal diri dan peribadi
Wallahulam bissawab..
Nukilan,
24 April 2005
bicarAku : aku selalu inginkan yang terbaik.. tapi sayangnya.. aku tidak cuba melakukan yang terbaik..